Breaking News
Loading...

Post Terbaharu

Bersama moderator rancangan televisyen Mesir

Bersama moderator rancangan televisyen Mesir
Memasuki dunia alaf baharu, pemain industri televisyen penyiaran mendapat persaingan sengit daripada lambakan kemunculan media baharu yang dikenali sebagai media sosial.

Kenangan sambutan Aidilfitri di Tanta

Kenangan sambutan Aidilfitri di Tanta
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tanta telah diadakan di Bait Izzah yang menjadi dewan utama penganjuran sebarang aktiviti seperti majlis ilmu, pengajian kitab dan sebagainya.

Walk closely beside me

Walk closely beside me
Semangat Bustan Mawaddah ialah menterjemahkan apa sahaja aktiviti yang dilakukan untuk mencari kebaikan samada menghadiri majlis keilmuan, menziarahi teman-teman dan merancang sebarang gerak kerja untuk mendapat kebaikan daripadanya sudah tentu ia bermula dengan langkah pertama.

Penyampaian zakat di Hotel Sheraton

Penyampaian zakat di Hotel Sheraton
Sebelum majlis penyerahan zakat untuk penuntut Terengganu di Mesir yang terdiri daripada jurusan Pengajian Islam dan Pengajian Perubatan diadakan, masa yang terluang digunakan sebaik mungkin untuk menunaikan solat jumaat di sebuah masjid berhampiran Hotel Sheraton.

Majlis Hari Raya Aidilfitri Alumni MDQ 2024

Majlis Hari Raya Aidilfitri Alumni MDQ 2024
Bustan Mawaddah tidak melepaskan peluang untuk menghadiri perjumpaan semula (reunion) alumnni Maahad Darul Quran (MDQ), Rusila, Marang menerusi acara sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Alumni MDQ 2024 yang telah diadakan pada 4 Syawal baru-baru ini di Dewan Tuan Guru Harun Taib.

Recent Post

25 April 2023
Kenangan sambutan Aidilfitri di Tanta

Kenangan sambutan Aidilfitri di Tanta

 

Mengerat hubungan persaudaraan di kalangan penuntut

Bila tiba musim perayaan, banyak aktiviti akan dilakukan samada di peringkat muhafazah (penuntut yang berada di kampus cawangan Universiti al Azhar) atau di Kaherah (penuntut yang berada di kampus utama Universiti al Azhar) di mana badan kebajikan anak negeri berada di sini. Majlis sambutan perayaan akan diadakan pada masa yang berbeza antara penuntut di muhafazah dan di Kaherah untuk mengelakkan pertindihan penyertaan di kalangan penuntut. Sebagai penulis Bustan Mawaddah, saya meraikan kedua-duanya dan menyertai majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Tanta dan Kaherah.

24 April 2023
Walk closely beside me

Walk closely beside me

 

walk closely beside me, berjalan dengan erat di sampingku, menuju ke bait izzah,

Berjalan dengan erat di sampingku


Apa yang membuatkan saya begitu tertarik untuk menggunakan tema walk closely beside me sebagai tagline Bustan Mawaddah antaranya ialah ia membawa maksud hala tuju yang jelas, semangat kebersamaan dalam berkumpulan dan langkah seiringan yang erat menuju kebaikan. Tema walk closely beside me atau 'berjalan dengan erat di samping ku' boleh difahami sebagai sebarang aktiviti yang dilakukan secara bersama untuk mencari kebaikan daripadanya.

Solat Aidilfitri di Stadium Tanta

Solat Aidilfitri di Stadium Tanta

tanta scan, solat aidilfitri di stadium tanta, bustan mawaddah, walk closely beside me,

Penuntut Malaysia di al Azhar Tanta tunai solat Aidilfitri bersama masyarakat Arab

Prakata tahun 2023

Catatan asal di Bustan Mawaddah diterbitkan pada 8 Oktober 2008. Manakala tarikh gambar ini diambil pada 1 Oktober 2008. Menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama masyarakat arab bukan lagi asing bagi penuntut Malaysia di Mesir. Lebih-lebih lagi solat yang ditunaikan ini dilaksanakan di kawasan terbuka dan luas seperti di stadium yang boleh memuatkan sejumlah jemaah dengan kapasiti yang lebih besar.

22 April 2023
Mengenang kad Hari Raya perantauan

Mengenang kad Hari Raya perantauan

 

Aidilfitri antara benua: Mesir - Indonesia

Sebelum Bustan Mawaddah tampil menerusi catatan awalnya di blog, kad Hari Raya Aidilfitri di perantauan terlebih dahulu mengisi ruang salam ingatan daripada teman-teman di luar negara (Mesir - Indonesia). Menggunakan judul Aidilfitri antara benua melibatkan teman-teman yang menyambung pengajian di benua Afrika (Mesir) dan benua Asia (Indonesia).

21 April 2023
Bustan Mawaddah: 16 tahun selepas (2007 - 2023)

Bustan Mawaddah: 16 tahun selepas (2007 - 2023)

bustan mawaddah 16 tahun selepas, 2007 - 2023, walk closely beside me,

Menghargai segala apa yang telah dimulakan dan diusahakan

Nama 'Bustan Mawaddah' diambil daripada perkataan dalam sebuah coretan yang bersejarah. Di akhir coretan tersebut terserlah kata azimat 'dekorasi bahagia hari ini dan selamanya' sebagai doa dan harapan. Saya melihatnya daripada semangat kebersamaan yang ingin disampaikan. Kebersamaan boleh hadir dalam sebuah ikatan samada kekeluargaan dan persahabatan yang melahirkan kasih sayang, bantu-membantu dan saling menghormati. Erti semangat persahabatan inilah yang ingin saya bawa ke dalam Bustan Mawaddah dengan mengangkat nilai kebersamaan dan meraikan perbezaan.

Copyright © 2013 Bustan Mawaddah All Right Reserved