Breaking News
Loading...
08 Oktober 2008

Solat Aidilfitri di Stadium Tanta

tanta scan, solat aidilfitri di stadium tanta, bustan mawaddah, walk closely beside me,

Penuntut Malaysia di al Azhar Tanta tunai solat Aidilfitri bersama masyarakat Arab

Prakata tahun 2023

Catatan asal di Bustan Mawaddah diterbitkan pada 8 Oktober 2008. Manakala tarikh gambar ini diambil pada 1 Oktober 2008. Menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama masyarakat arab bukan lagi asing bagi penuntut Malaysia di Mesir. Lebih-lebih lagi solat yang ditunaikan ini dilaksanakan di kawasan terbuka dan luas seperti di stadium yang boleh memuatkan sejumlah jemaah dengan kapasiti yang lebih besar.


Penuntut Malaysia khususnya yang mendiami kawasan Tanta Scan termasuk pengendali blog Bustan Mawaddah adalah antara penuntut al Azhar cawangan Tanta yang tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Stadium Tanta bersama masyarakat Arab. Suasana pagi hari di musim sejuk dengan irama takbir yang berbeza dengan takbir yang selalu didengari sewaktu di tanah air, terasa begitu asing kedengarannya apabila dilaungkan oleh masyarakat Arab.

Usai ibadah pagi Syawal, para penuntut bersalam-salaman dan bertanyakan khabar antara sesama negara dan penuntut negara lain termasuk masyarakat setempat. Jika teman yang disapa mempunyai iras Timur Jauh, selalunya pertanyaan dari negara mana akan diajukan. Ini kerana aliran pengajian yang diambil mungkin berbeza dan tidak pernah bertemu samada di kuliah atau di majlis ilmu. Pengandali Bustan Mawaddah selalu juga disapa oleh penuntut dari Indonesia dan Brunei.

Dalam artikel lalu, Bustan Mawaddah menyiarkan catatan kenangan kad Aidilfitri antara benua: Mesir - Indonesia yang memaparkan gambar teman-teman sepengajian termasuk di Indonesia. Apabila disapa oleh penuntut yang datang dari Indonesia usai solat Aidilfitri di stadium Tanta, terasa hubungan tersebut menjadi begitu dekat memandangkan terdapat teman-teman sepengajian yang pada waktu itu sedang melanjutkan pembelajaran di Indonesia.

Erti perantauan hanya dapat dirasai oleh mereka yang berada di perantauan sahaja. Berkongsi rasa kejauhan bersama teman-teman usai solat dan ibadah Aidilfitri menjadikan Stadium Tanta ini seperti taman kasih sayang atau Bustan Mawaddah dengan langkah seiringan menuju setiap acara ilmiah selaras dengan tema Bustan Mawaddah, 'berjalan dengan erat di samping ku' - walk closely beside me.

Untuk akhirnya Bustan Mawaddah mengajak pengunjung untuk membaca catatan di bawah yang merupakan catatan asal blog dan merasai sendiri denyut nadi irama takbir Aidilfitri di pagi Syawal di Istad Tanta (Stadium Tanta).

Catatan 3 Syawal 1444. Pasar Manir, Kuala Terengganu.


Tanggal 1 Syawal merupakan detik kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya mengharungi ujian dan latihan di sepanjang Ramadan. Kegembiraan ini pastinya turut dirasai oleh semua lapisan umat Islam tidak kira di mana jua mereka berada. Sambutan Aidilfitri bagi penuntut al Azhar khususnya di Tanta cukup meriah dengan aktiviti dan kunjungan dari rumah ke rumah. Solat sunat Aidilfitri di Stadium Tanta mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan antara pelajar Malaysia dan perantau dari negara kejiranan lain seperti Indonesia dan Brunei bilamana sesi perkenalan dan undangan berhari raya dari rumah ke rumah menjadi topik perbualan selepas salesai mengerjakan solat Aidilfitri. Penuntut Malaysia di Tanta yang mendiami sebuah kawasan di Tanta Scan juga turut mengabadikan kenangan ini bersama penuntut dari kawasan lain. Stadium Tanta dipilih sebagai tempat untuk menunaikan solat Aidilfitri bersama masyarakat arab dan berjumpa sahabat yang lain.
Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

0 comments:

Copyright © 2013 Bustan Mawaddah All Right Reserved