Breaking News
Loading...
24 April 2023

Walk closely beside me

 

walk closely beside me, berjalan dengan erat di sampingku, menuju ke bait izzah,

Berjalan dengan erat di sampingku


Apa yang membuatkan saya begitu tertarik untuk menggunakan tema walk closely beside me sebagai tagline Bustan Mawaddah antaranya ialah ia membawa maksud hala tuju yang jelas, semangat kebersamaan dalam berkumpulan dan langkah seiringan yang erat menuju kebaikan. Tema walk closely beside me atau 'berjalan dengan erat di samping ku' boleh difahami sebagai sebarang aktiviti yang dilakukan secara bersama untuk mencari kebaikan daripadanya.


Semangat Bustan Mawaddah ialah menterjemahkan apa sahaja aktiviti yang dilakukan untuk mencari kebaikan samada menghadiri majlis keilmuan, menziarahi teman-teman dan merancang sebarang gerak kerja untuk mendapat kebaikan daripadanya sudah tentu ia bermula dengan langkah pertama. Meletakkan fokus yang jelas adalah langkah pertama walk closely beside me, memasang niat untuk mencari kebaikan adalah langkah pertama walk closely beside me dan berjalan dengan erat menuju kebaikan juga merupakan langkah pertama walk colesy beside me.

Menerusi gambar utama yang dipaparkan di Bustan Mawaddah kali ini, ia adalah kesinambungan daripada catatan sebelumnya yang berjudul solat Aidilfitri di Stadium Tanta yang diterbitkan pada 3 Syawal 1444H untuk artikel terkini yang diberi prakata terhadap catatan asalnya pada 8 Oktober 2008 sebagai mengimbangi penyertaan pembaca Bustan Mawaddah yang kini bukan sahaja terdiri di kalangan teman-teman yang pernah menuntut di perlembahan nil ini, malah meraikan pembaca yang hadir daripada pelbagai latar belakang untuk merasa denyut nadi walk closely beside me.

Bustan Mawaddah juga menjemput pengunjung untuk membaca catatan terbaharu untuk tahun 2023 berjudul Bustan Mawaddah: 16 tahun selepas (2007 - 2023) dan mengenang kad Aidilfitri antara benua - Mesir & Indonesia yang telah diterbitkan di akhir Ramadan dan di awal Syawal. Juga catatan lama yang diberi prakata baharu dengan mengikut kesesuaian pada masa kini yang telah diterbitkan dan akan diterbitkan agar pembaca juga dapat walk closely beside me mengenang sejarah lalu yang boleh diambil kebaikan daripadanya untuk pembelajaran di hari kemudian.

tanta scan, solat aidilfitri di stadium tanta, bustan mawaddah, walk closely beside me,



Putaran cakera waktu begitu deras bagai bersayap membawa Bustan Mawaddah untuk mengisahkannya semula pada hari ini. Ringkasnya, sebaik sahaja selesai ibadah di Stadium Tanta, penuntut Malaysia akan berjalan dalam sebuah perarakan menuju ke Bait Izzah, iaitu sebuah bangunan yang menjadi tempat utama untuk sebarang aktiviti penuntut di Tanta. Menyusur langkah walk closely beside me ke Bait Izzah sambil bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Ilahi di sepanjang perarakan.

Sekali-sekala masyarakat Arab melambai tangan dan ada yang datang bersalaman termasuk anak-anak kecil yang turut sama menikmati suasana 'Bustan Mawaddah' ini. Keadaan sekeliling yang tenang dan cuaca di musim dingin menjadikan langkah perjalanan walk closely beside me tidak memenatkan walaupun jarak antara Stadium Tanta dan Bait Izzah agak jauh juga. Apakah bentuk aktiviti dan juadah yang akan disediakan di Bait Izzah nanti masih menjadi teka-teki dalam kotak fikiran yang dipenuhi kemeriahan Aidilfitri.

Melangkah bersama-sama 'walk closely beside me' menuju bangunan operasi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (Bait Izzah) bagi menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anak-anak perantauan sebagai catatan penutup untuk tulisan kali ini di Bustan Mawaddah. Menjelang tiba di pusat aktiviti, jumlah peserta perarakan semakin bertambah dengan penyertaan daripada penuntut yang menghuni di kawasan lain. Malah terdapat juga penyertaan daripada teman-teman dari muhafazah atau al Azhar cawangan lain sebagai contoh dari Damanhur. Aidilfitri di Tanta sebuah kenangan indah buat perantauan di perlembahan nil.

Catatan 3 Syawal 1444. Pasar Manir, Kuala Terengganu.

0 comments:

Copyright © 2013 Bustan Mawaddah All Right Reserved