Dapat hadiah daripada yang teristimewa




"Bila usia dah masuk 40 tahun ni banyak benda kena jaga dalam hal pemakanan, tersilap makan sikit perut boleh meragam dan penyakit datang". Luahan seorang pemilik sebuah pusat pengiklanan pada lapan tahun yang lalu di mana saya sempat bekerja dengan beliau selama setahun. Ungkapan ini saya rakamkan kembali setelah saya juga telah memasuki usia ini. 

Benar, apabila menginjak ke usia ini, corak pemakanan perlu diberi perhatian, malah lebih baik lagi jika ia dimulakan dengan lebih awal. Saya disarankan untuk tidak mengambil makanan pada waktu malam, hanya sekadar minum. Berusaha untuk tidak makan malam bukan perkara yang mudah apabila turut membawa bersama masalah gastrik. Bila gastrik datang, menahannya kadangkala boleh menggelatar seluruh badan. Inikan pula untuk menahannya seluruh malam tanpa menjamah sebarang makanan.

Sebelum ini saya ada terdengar mengenai Intermittent Fasting (IF) yang turut disarankan. Bentuk puasa berselang-seli apakah ini? Apakah persis puasa Nabi Daud - sehari berpuasa dan sehari berbuka? Lalu carian mengenainya dibuat di Google untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Menerusi portal HEALTHLINE ia menjelaskan, "Intermittent fasting (IF) is an eating pattern that cycles between periods of fasting and eating. It doesn't specify which foods you should eat but rather when you should eat them. Common intermittent fasting methods involve daily 16-hour fasts or fasting for 24 hours, twice per week." 


 

IF merupakan sebuah diet yang berkonsep mengatur pola makan mengikut jadual yang tertentu, iaitu pola pemakanan yang mempunyai kitarannya antara tempoh berpuasa dan makan. Strategi pengaturan tempoh waktu puasa antara 8 - 24 jam dan pengaturan tempoh waktu makan antara 4 - 16 jam mengikut kesesuaian individu. 

Sudah tentu IF berbeza dengan pendekatan diet lain - seperti Diet Atkins, Diet Keto, Diet Kalori dan Diet Suku Suku Separuh kerana lebih tertumpu kepada penyediaan jenis menu diet dan jenis makanan diet. Diet seperti agak membebankan bagi sesetengah pihak kerana memerlukan perancangan dan pengamalan yang lebih terperinci dan teliti. Manakala konsep IF ini lebih sesuai dan mudah untuk diamalkan.

Walau pun lebih ramai tertarik dengan konsep diet IF, namun faktor gastrik tidak mudah untuk dihadapi apabila berpuasa selama 16 jam setiap hari. Adakah terdapat cara lain yang boleh dilakukan untuk menjayakan misi peserta IF ini? Di sinilah saya menerima satu kotak hadiah daripada insan yang paling istimewa untuk membantu saya menjayakan misi IF ini. 

Sebuah kotak berlogo DR. NORMAN MARKETING SDN. BHD. diterima daripada perkhidmatan penghantaran J&T yang memuatkan tiga jenis produk di dalamnya iaitu:

  1. Repalmo Red Palm Oil (minyak sawit merah)
  2. Virgin Coconut Oil - VCO (minyak kelapa dara)
  3. Stevia (pemanis semula jadi, bukan pemanis tiruan)

Setelah seminggu menggunakan produk yang dihadiahkan ini terutamanya minyak kelapa dara, ia sangat membantu dalam masalah gastrik. Sehingga artikel ini diterbitkan, saya dapat menjayakan misi IF (puasa selama 16 jam) setiap hari dengan berkesan. Insan istimewa yang memberikan saya hadiah-hadiah ini mengatakan, antara fungsi minyak kelapa dara ini ialah ia membantu mengurangkan rasa lapar. Mungkin ia juga faktor saya tidak menghadapi masalah gastrik sepanjang misis IF ini.

Selain itu, saya juga menggunakan produk Stevia untuk mengelakkan penggunaan gula pasir. Gula putih atau gula pasir adalah bahan yang sangat cepat dihadam (glukosa dan fruktosa) sehinggakan tidak melalui proses pencernaan daripada bakteria baik yang bekerja di dalam usus. Akibatnya bakteria-bakteria baik ini tidak dapat bekalan makanan untuk perkembangannya, malah gula juga merupakan makanan kepada bakteria jahat yang boleh merosakkan dinding usus dan keradangan.

Saya masih meneruskan pemakanan nutrisi serat larut dan tinggi prebiotik semula jadi iaitu produk gum arabic Al Manna (akasia senegal) dan Tayebat (akasia seyal) yang diedarkan syarikat Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd. Produk ini mengandungi 20 asid amino, 8 mineral utama dan 85 peratus prebiotik. Beberapa artikel saya berkaitan produk ini boleh dilihat di laman Natural Prebiotic 2U.


 

Sejujurnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan teristimewa yang telah memberikan saya hadiah-hadiah product by Dr. Norman Norawi ini. Beliau benar-benar inginkan saya lebih sihat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan saya. Beliaulah bidadari saya di dunia dan akhirat iaitu isteri saya Nurul Huda Zakaria.



________________________________
 
Artikel saya di platform lain:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kau, aku dan vespa

Menghantar sepanduk majlis ilmu Israk & Mikraj