Menghantar sepanduk majlis ilmu Israk & Mikraj
Reka corak sepanduk sambutan Israk & Mikraj Gambar reka bentuk untuk sepanduk pengumuman acara kuliah maghrib sempena peristiwa bersejarah dalam Islam iaitu Israk & Mikraj telah lama disiapkan. Kira-kira sebulan yang lalu, imam dari sebuah masjid meminta saya untuk menyiapkannya - lebih awal berbanding kebiasaan. Pada saya, mungkin untuk mendapatkan persetujuan daripada jawatan kuasa masjid terlebih dahulu. Selalunya untuk acara seperti ini makluman menerusi sepanduk akan dihebahkan seminggu atau dua minggu lebih awal sebelum acara diadakan. Peristiwa Israk & Mikraj Peristiwa Israk & Mikraj mengandungi hikmah, erti dan pengajaran yang cukup besar bagi setiap penganut Islam yang mengkaji, meneliti dan memahami setiap jejak yang ditinggalkan baginda Muhammad S.A.W. Terdapat beberapa persoalan yang dibangkitkan daripada kisah perjalanan Nabi S.A.W yang agung ini, antaranya isu yang sering berlegar dalam setiap perbincangan ahli ilmu ialah baginda bertemu dengan Allah da