Menghantar banner bantuan persekolahan

 

Menghantar banner Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan 2022

Saya menerima tempahan untuk membuat banner ini ketika program Hari Keluarga warung Roti Canai Dillah Manir berlangsung di UMZA Homestay seminggu yang lalu. Terfikir juga pada waktu itu jika pihak pengurusan masjid mahukan ia disiapkan segera memandangkan majlis seumpama ini selalunya diadakan pada waktu cuti. 

Kebetulan pula program Hari Keluarga dibuat pada hari Khamis dan Jumaat, bila disemak kembali butiran pesanan yang dikirim, Alhamdulillah, saya masih ada masa untuk menyiapkannya kerana majlis ini akan dilaksanakan dalam tiga minggu lagi.

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Kepada Asnaf ini adalah acara tahunan yang diadakan pihak pengurusan masjid bertujuan untuk membantu asnaf yang berada di sekitar mukim. Semua sedia maklum bahawa setiap kali sesi baharu persekolahan bermula, aspek perbelanjaan dan kelengkapan persekolahan amat dititip beratkan terutamanya ibu bapa dalam menyediakan keperluan anak-anak.


 

Perihal pakaian seragam persekolahan anak-anak untuk memulakan sesi baharu pembalajaran bagi tahun 2022. Lihat pula pakaian seragam yang digunakan pada tahun lepas, ternyata 'bau kedai' masih melekat pada pakaian. Namun, ukuran badan anak-anak sudah berbeza dan telah meningkat dewasa. Pakaian seragam tahun lepas perlu 'dialmarikan' kembali atau dihadiahkan sahaja kepada ahli keluarga yang lain.

Aspek pemakanan anak-anak juga tidak boleh dipandang ringan, ditambah lagi dengan situasi negara yang masih dibelenggu dengan wabak. Sebelum anak-anak ke sekolah, saya menghidamkan mereka dengan madu yang dibancuh bersama nutrisi serat larut dan tinggi sumber prebiotik semula jadi iaitu Al Manna & Tayebat. Al Manna dan Tayebat adalah serbuk gum arabic kualiti premium edaran Natural Prebiotic (M) Sdn Bhd yang sangat baik untuk sistem imuniti badan. Maklumat lanjut boleh dirujuk di kedai online saya di Natural Prebiotic 2U atau di facebook page Natural prebiotic.

Berita baik bagi ibu bapa yang masih mahu menggunakan pakaian persekolahan bagi sesi yang lepas. Menerusi perbualan dengan rakan guru bahawa pakaian persekolahan murid-murid sesi lepas boleh terus digunakan pada tahun ini seperti pakaian sukan. Kelonggaran yang diberikan ini membolehkan murid-murid menggunakan pakaian yang masih selesa digunakan untuk ke sekolah biar pun tanpa pakaian seragam putih.


 

Pakaian sukan sekolah selalunya lebih longgar berbanding pakaian seragam. Pujian selayaknya kepada Allah kerana memberikan anak-anak saya ketabahan untuk terus menggunakan pakaian sukan (yang tahun lepas). Anak sulung saya pula hanya ke sekolah mengikut giliran kumpulan mingguan. Minggu pertama sesi pembelajaran di sekolah, minggu kedua sesi PdPR di rumah dan begitulah seterusnya sesi giliran mengikut kumpulan.

Saya dan Nurul Hana mengabadikan kenangan bergambar dengan banner yang baharu sahaja siap dicetak. Butiran dalam banner ini berkaitan majlis penyampaian bantuan persekolahan yang akan diadakan pada 22 Januari 2022. Mudah-mudahan dengan majlis penyampaian bantuan persekolahan yang bakal diadakan ini akan membantu meringankan beban para ibu bapa terutamanya anak mukim di kawasan masjid ini.


 

________________________________
 
Artikel saya di platform lain: 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari Keluarga di UMZA Homestay

Bingkisan Buat Kru Suara Permata

Banner ulang tahun kelahiran ke-75